Monday, May 21, 2012

Ini kisah Kak Long

Kak Long hidup bahagia bersama 5 orang anak dan suaminya dalam keadaan yg biasa-biasa sahaja di bandar Seremban. Seperti kebanyakan keluarga lain, kak long dan anak-anaknya cukup makan & pakai. Sekali sekala pada hujung minggu kak long akan pulang ke rumah ibu bapanya yg kebetulan menetap di Negeri Sembilan juga. Keluarga suami juga menetap di Negeri Sembilan, jadi hujung minggu diselang selikan dgn pulang ke rumah mentua juga jika anak-anak tiada aktiviti sekolah.

Amirul; anak kak long yg sulong sudah berada di tingkatan 2. Adik- adik yang lain masih berada di sekolah rendah dan seorang di sekolah tadika. Adik yg ke-5 masih belum bersekolah. Kini kak long mengandung anak yg ke-6. Amirul dan adik-adiknya begitu teruja menantikan adik bongsu mereka, masing-masing sibuk mereka nama adik mereka, menyuruh ibu mereka membelikan pakaian & peralatan baru utk bayi yg bakal lahir. 

Tetapi kak long tidak meminta-minta dgn suaminya kerana dia faham keadaan kewangan keluarga mereka. Suaminya yg bekerja sbg kerani mempunyai pendapatan yg kecil shj, kak long tidak pernah merungut malahan dia faham dgn keluarga mereka yg besar ini dia tidak boleh meminta lebih. Nasib baiklah kak long masih bekerja walaupun hanyalah di kilang sahaja. Dapatlah membantu belanja dapur dan harian yg lain. Pernah kak long suarakan utk membuat perndapatan tambahan, namun suami menghalang kerana anak-anak ramai nnt rumah tidak terurus dan macam-macam alasan lain yg diberikan.

Tiba masa melahirkan, dengan kuasa Allah anak yg ke-6 ini amat mudah urusannya. Pagi itu kak long dah rasa sakit perut kerana contraction, suami pun membawa kak long ke Hospital Tuanku Jaafar. Sampai di hospital kak long terus dimasukkan ke labour room. Doktor memeriksa kandungan kak long dan mendapati bayi dlm keadaan songsang. Doktor menyarankan kak long dibedah. Alhamdulillah kak long selamat melahirkan seorg bayi perempuan sejurus azan Zuhur berkumandang....Nur Aisyah namanya.

Setelah dua hari duduk di hsopital doktor membenarkan kak long pulang. Amirul dan adik-adik tak sabar menunggu ibu pulang membawa adik bongsu mereka. Semuanya pakat-pakat membersihkan rumah & bilik ibu mereka supaya pulang nanti ibu pasti gembira melihat suasana rumah yg bersih & kemas. Sampai saja kak long dirumah anak-anak semuanya berebut-rebut mencium pipi mungil Nur Aisyah. Namun bayi itu mungkin faham...dia tenang sahaja tidur walaupun suasana rumah riuh dgn suara anak-anak yg rindukan ibu mereka.

Malam itu, suami kak long terpaksa pulang ke kampungnya kerana ada urusan. Kak long tak marah, dia fikir ahhhh ini sudah anak ke-6 ku, tak ada yg perlu ku bimbangkan, lagipun Amirul ada. Malam itu lebih kurang pukul 10 mlm setelah menidurkan Nur Aisyah, kak long hendak ke bilik air. Tiba-tiba kerana keadaan bilik air yg licin, kak long terjatuh. Amirul bergegas mendapatkan ibunya, "sikit saja Amirul, ibu tergelincir" kata kak long. Dia meneruskan hajatnya dan kembali ke katil. Amirul masih setia menunggu di birai katil. "Ibu nak tidur dulu ye, boleh amirul buatkan ibu kopi". "Baik bu, nnt Amirul buatkan" kata Amirul sambil bergegas ke dapur. "Ibu, Amirul letak di sini ya, nnt ibu minum" kata Amirul, ketika itu jam menunjukan pukul 11 mlm. Ibunya mengangguk.

Amirul beredar ke ruang tamu menyudahkan kerja sekolahnya. Terasa mengantuk, Amirul lihat jam menunjukkan pukul 12 malam. Tiba-tiba kedengaran Nur Aisyah menangis, mungkin lapar susu fikir Amirul. Dibiarkannya kerana menyangka ibu nya akan bangun sebentar lagi, 5 minit berlalu  tangisan Nur Aisyah masih kedengaran. Amirul menjenguk ke dalam bilik dilihat ibunya masih tidur. "ibu! ibu!" kejut Amirul sambil menggoncang badan ibunya, terasa sejuk tubuh ibu. Digoncang lagi tubuh kaku itu, Amirul seakan mahu meraung di situ, Ya Allah!!!! ibu tak bergerak. Amirul mencapai telefon ibu cuba utk menelefon ayahnya, takder kredit!!! Amirul lari ke rumah jiran sebelah...jiran yg tak faham apa yg diucapkan Amirul yg panik itu. Ibu dah tiada kata mereka. Amirul tak menangis, dia faham. Di kejutkan adik-adiknya, mereka semua berkumpul di sisi ibu. Doktor mengesahkan kak long mengalami pendarahan dalaman yg teruk.


*ini bukan pic kak long

Kisah ini diceritakan oleh adik kak long kepada saya, (ada yg saya tokok tambah utk menguatkan jalan cerita) mengalir air mata ini tak dapat menahan perasaan. Sekarang sudah 4 tahun kejadian ini berlaku. Kelima-lima anak kak long sebelum ini semuanya menyusu badan, hanya Nur Aisyah yg diberikan susu formula, kerana kak long munkin tahu jodohnya dan Nur Aisyah tidak panjang. Amirul kini sudah tamat tingkatan 5, dia tidak meneruskan persekolah kerana hendak membantu ayah menyekolahkan adik-adik. Mereka sekeluarga telah berpindah ke kampung, suami kak long kini hanya bekerja kampung.

Sedih sangat dgn kisah Amirul dan adik-adiknya, macam mana lah agaknya Nur Aisyah sekarang...saya doakan keluarga ini bahagia walaupun tanpa ibu mereka kak long.

Ya Allah! apa akan jadi kalau perkara ini berlaku kepada saya? Macam mana anak-anak saya? Siapa yg akan menjaga mereka. Panik rasanya memikirkan benda nih semua....sudah cukupkan duit simpanan saya? duit simpanan anak-anak? medical insurans? education plan? macam-macam dan semuanya memerlukan duit. Sebab itu penting utk kita mempunyai side income. Kerana kita tak boleh meramal masa depan, kalau tiba-tiba kita yg pergi dulu seperti kak long bagaimana? bagaimana nasib anak-anak saya dgn wang simpanan yg x mencukupi, education mereka di masa depan, cukup kah duit nak masuk u nnt, etc etc etc...semuanya berlegar dlm kepala saya sekarang, dan semuanya memerlukan DUIT. Ya, duit bukan segala galanya, tapi segala galanya memerlukan duit....setuju tak? skrg nih melangkah setapak pun nak kena keluar duit - duit minyak, tol, etc...sebab tuh saya ambil langkah setapak ke hadapan dgn menceburi biz ni :)

anyone yg interested to start your own biz do let me know. I'll show you the right path.

interested? call/sms/ pm me now
DIANA @ 012-202 5754

No comments:

Post a Comment