Friday, August 31, 2012

London & Paris...wait for me

**This is sticky post, pls scroll down for new post


wow!!!! tak sabar nak pergi London & Paris.....kota fesyen & kota cinta
*this is us shopping at london street :)

rasa sangat tak sabar nak join company trip yg satu nih. kalau anda semua nak tahu, cantiknya berbiz Hai-O nih, company akan bagi 3 kali free trip a year....semuanya FOC and 5 stars hokeeeyyyyy!!!!
for this time, Euro trip kami semua akan diterbangkan ke LONDON & PARISSSSSS..... yesssss u heard me right!!!! 4 hari kat London and the rest kat Paris....
Let see whats waiting us in London
big ben and london eye, dulu kat titiwangsa pun ada kan? tapi yg tu originated from here lah

chanel yey!!! definitely akan pergi sini...we heart chanel!

LV boutique in London....banyak giler bag dlm nih

harrods...semua ada kat sini...


yes!!! i'm gonna taste this




after London...we are heading to Parisssss

ok nak amik gambar lari2 bwh eiffel tower

arc de triomphe

disneyland parisss

louvre museum...dlm nih ada monalisa painting yg original ok

 monalisa fake buat duck face hehe yg ini takder ekk kat sini


finally yg di tunggu tungguuuu...lafayatte ada 3 blocks, every blocks ada 11 tingkat...*fengsannn


omg omg!!! buat entry nih rasa nak pengsan sekarang sbb tak sabar nak pegi

anyone out there yg sudi ikut saya pergi London & Paris...give me a call!

interested? call / sms/ email
diana / 012-202 5754/ noordiana1@gmail.com

How to add Instagram Feed Widget to your blog


Instagram is EVERYTHING!
i'm hooked into this thing like few months back
tapi mmg sangat best
hari-hari upload gambar
sebab giler nak tengok gambar kan?
function #instagram ni lebih kurang macam #facebook
but lagi seronok sbb banyak gambar
a picture can speak a thousand words kan?


so...here is tutorial how to add your instagram dalam blog

you can add your instagram using your username or hashtag



for me i choose to add the badge...
so, personalized here ikut suka hehehhe

preview the badge dulu...


then...generate the code


pastu copy + paste masuk kat blog

tadaaaaa
.
.
.
.
tengoklah hasilnya on your right ---->

owh jangan lupa follow me on instagram : iamnoordiana


xoxo,
diana



Thursday, August 30, 2012

Salam Kemerdekaan 55




Salam Kemerdekaan yg ke 55  M A L A Y S I A

i'm proud to be Malaysian
saya bangga jadi anak Malaysia
negara kita aman...even ada hiccup here and there
but stillll....takder lah macam sesetengah negara lain
yang sgt teruk kadar jenayahnya, mundur, takde makanan, ekonomi tak stabil...etc etc

oklah, how's your merdeka celebration?
i'm sure ramai yang buat open house
since this gonna be a long weekend

i can see ramai yg kibarkan bendera Malaysia
even jiran2 pun kibarkan bendera depan rumah :)
so...here i just wanna share about our Jalur Gemilang
semasa meng 'Google' tadi terjumpa pasal sejarah bendera Malaysia (last sekali masa form 5 kan belajar sejarah?? heheheh)
sebelum ni memang tak ambil kira
tapi bila dah baca....wahhhhhhh org Johor yg cipta rupanya
#proudtobejohorean



Sejarah Jalur Gemilang
Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama bagi Persekutuan (Malaysia).

Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949, dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.

Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Pendapat umum diambil kiraMajlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Keputusan pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail itu telah disiarkan pada 29 November 1949. Keputusan akhir menunjukkan majoriti telah memilih rekabentuk ciptaan seorang arkitek kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad bin Hamzah.

JALUR GEMILANG yang dilihat sekarang sebenarnya wujud beberapa tahun sebelum negara merdeka. Sejarah sepintas lalu, merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan. Pertandingan dikelolakan Jawatankuasa Khas dan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Sir Alec Newboult dianjurkan bagi mencari lambang kewujudan kerajaan Persekutuan.

Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang.

Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.

Reka bentuk terakhir dipilihSetelah diubahsuai beberapa kali, rekabentuk tersebut telah teliti pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."

Reka bentuk diluluskanReka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan Raja George VI pada 19 Mei 1950. Dengan itu, buat pertama kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai Raja George VI.

Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja.

Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Raja-raja Melayu meluluskan usul yang dibentangkan Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Pada 26 Mei tahun yang sama, bendera itu dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur. Majlis pengibaran yang berlangsung pada 9.30 pagi itu dihadiri wakil Sultan seluruh tanah Melayu.


even it is a lengthy article
i believe it's something worth your reading
:)


xoxo,
diana

Tuesday, August 28, 2012

Wordless Wednesday


hahahaha...this video is so damn funny
tahniah la Anak Cucu Tok Haroon
#gangnamstyle



ha, rugi kalau tak share this video from Candid Syndrome
alaaaa mesti uols kenal kan Saiful Nang?
and what make it so special sebab ada Hafiz Atan :))
Hafiz, u memang ada talent lah...


both video memang sgt best
ehhh tetiba entry ni dah tak jadik wordless hehehhe #whatever

luv,
diana


Salam Syawal 1433 Hijrah


Salam and hello semua....
confirm ramai yg sangat sangat busy beraya kan for the whole last week kan
and confirm jugak ada lagi yang tak habis cuti raya lagi kan?
ye lah sebab by end of this week pun kita nak meraikan
wahhhhhh...public holiday memanjang :) best best

oklah, sorry jugak sebab lama tak update blog
hehehehe biaser lah kat kampung line pun tak berapa nak clear
kadang kadang jer dapat melepas gian kat #instagram

this is my raya story
.
.
.
this year is my turn, so kita beraya di Johor dulu yeayyyy!!!
normally on 3rd day of raya akan balik ke kampung satu lagi

oklah, start perjalanan balik kampung on 17th Aug
lebih kurang pukul 6.30 ptg bertolak from Sg Buloh
Alhamdulillah jalan tak jam
and anak-anak pun behave dlm kereta
by 1am macam tuh dah sampai Kluang
the next day terus tolong mak apa-apa yg patut untuk persiapan raya

just nak share, uols tau tak apa bendi nih? haa ni lah lepat, rasanya org johor jer yg tau
my family tradition mmg akan masak lepat & ketupat

ooooo sebelum lupa, my first daughter zara sofiya
lahir on 18th Aug
so on last day of Ramadhan sempat jugak celebrate birthday kakak

ciuman si adik, happy bday kakak...

1 Syawal pagi-pagi lagi dah bangun
siapkan anak-anak semua
and hubby pergi sembahyang raya
after that, makan-makan juadah raya dan sessi bermaaf-maafan
dan juga memberi duit raya :)

 si kecil 3 orang yang tak reti duduk diam
zara sofiya, maryam amina and iman aisyah

one happy family (gambar ni mcm 60's kan..feeling zaman dolu-dolu)


me with si kecik maryam, memang tak reti diam
owh i'm wearing #jules by #jovianmandagie btw :)) and tudung by #sugarscarf
sempat lagi beli that baju masa boxing day heheheh

after that we all pun balik kampung my mum kat batu pahat
visiting my sedara mara yang masih ada kat kampung

3 dara pingitans kat kampung makcik di batu pahat

on 3rd day of raya kami bertolak balik ke Jerantut, Pahang
kampung belah mr hubby
perjalanan lebih kurang 6 hours melalui Mersing - Pekan - Kuantan - Temerloh - Jerantut
fuuuhhhh sempat jugaklah tidur 2/3 kali dalam kereta

the next day mr hubby ajak all the family pergi visit their family friend kat Kuala Gandah, Lanchang
actually my FIL pernah keje dekat sini Kuala Gandah Elephant Sanctuary
so, mr hubby sempat lah membesar bersama gajah gajah disini hahaha




hahahha the last picture is so funny, mr hubby nih memang macam macam tau

owh, during hari raya jugak, we went to his cousin wedding
so...memamng banyak sgt lah aktiviti raya kami nih



seronok sangat this raya
full of activities, foods yg sedap2, meet sedara mara yang jumpa setahun sekali...
except anak-anak yang kena flu & batuk hehehe

Selamat Hari Raya
definitely will post more raya piccas in kl pulak nnt
till then....bye muahhh


luv,
diana

Saturday, August 18, 2012

Salam Aidilfitri




Di kesempatan ini
saya ingin mengucapkan

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
Saya juga ingin memohon kemaafan kepada
semua pembaca blog ini
jika ada terlanjur penulisan

Hmmm...kira 0-0 ye :p

luv,
Diana


Thursday, August 16, 2012

Teaser.......


Photoshoot raya???
no no no....this is for our biz profile
13th and 15th August marks a new experience for me
dapat buat photoshoot dengan photographer yang sedang meletup letup
kat instagram sekarang heheheh, no lah bukan instagram jer
they are actually very good young talented people


you guys can follow them kat Instagram
gambar semua memang cantik gilossss

kata teaser jer kan
so, gambar sket jer lah
later i will post banyak2 ek?




nice aahhh?

luv,
Diana


Tuesday, August 14, 2012

Wordless Wednesday : Raya Oh Yeah by Yuna


enjoy yuna raya song
hehehe comel jer lagu nih, video clip pun comel...oh yeahhhhh!!!!
 saya kan #diehardfan yuna
yuna rawks!!!


luv,
Diana




Sunday, August 12, 2012

Lagi lagi testimoni...


OK, in this post just nak share testimoni from Premium Beautiful
satisfied customer :-)


let's picture do the talking...hmmmm u can see the fabulous body right?


ohhh Premium Beautiful bukan untuk orang yang agak besar jer.....


tetapi juga untuk yg berbadan kurus....


kalau pakai lepas melahirkan baby lagi cepat kesannya


in 1 and half mth...its a big transition kan?


interested? call / sms/ email
diana / 012-202 5754/ noordiana1@gmail.com



Tuesday, August 7, 2012

Wordless Wednesday : Iklan Raya Petronas 2012



Before this Petronas will come out with hari raya ads, but this year would be different....
those yg belum tengok this 15 minutes short movie you can view it here
for me it's something different! unusual ads for raya

luv,
Diana

7 Ramadhan




Ada tak yang berkesempatan tonton cerita 7 Ramadhan ni
sekarang ni utk slot Samarinda TV3 setiap Selasa & Rabu
actually saya tertengok first episod cerita ni
haaa....biler dah tertengok mcm best pulak
so, nak follow memamg tak sempat lah sbb kadang2 bulan puasa ni appointment lambat sket

jom baca sinopsis 7 Ramadhan ni

Sinopsis Drama 7 Ramadan Slot Samarinda TV3


Drama bersiri 7 Ramadan berkisar tentang Sufiah (Elly Suriati) yang sentiasa menerima pelbagai dugaan dalam hidupnya. Semasa mudanya (lakonan Nabila Huda, Sufiah telah bercinta dengan Mustaza (Roy Azman) dan hidupnya telah dirosakkan oleh Mustaza sehingga dia melahirkan anak luar nikah yang bernama Iqram pada 7 Ramadan. Mustaza selalu memaksa Sufiah menjadi pelacur untuk meneruskan kehidupan mereka.

Pada satu ketika, Sufiah dan Mustaza telah bergaduh dan Mustaza telah mencampak anak mereka Iqram sehingga meninggal dunia. Selepas kejadian itu, Sufiah bekerja di rumah anak-anak yatim. Dia telah mengambil anak angkat yang bernama Ramadhani (Fir Affandi).

Sufiah dan Ramadhani tinggal dalam keadaan kekurangan.

Sufiah terpaksa menerima dugaan lagi apabila anak angkatnya Ramadhani menjadi anak yang tidak mengenang budi apabila dewasa. Ramadhani atau Dhani baru saja menamatkan pengajiannya di sebuah universiti. Hari yang ditunggu-tunggu kini tiba. Hari itu merupakan 7 Ramadan, hari konvokesyen Dhani dan juga ulang tahun arwah anaknya, Iqram yang meninggal dunia ketika berumur tiga bulan, Sufiah tidak akan lupa tarikh 7 Ramadan itu serta peristiwa anak mati akibat dicampak oleh suaminya, Mustaza yang kini berada di penjara.

Dhani menegah Sufiah hadir ke majlis konvokesyennya kerana dia tidak mahu teman wanitanya, Anna mengetahui tentang ibunya. Ramadhani sanggup mencela dan tidak mengakui Sufiah ibunya kerana ingin menjaga hati teman wanitanya Ana (Ana Dahlia). Ana merupakan anak orang kaya. Kerana ingin mengubah nasibnya yang miskin, hati Sufiah selalu disakiti oleh Ramadhani yang kejam.

Demi mengambil hati ibu Anna, Datin Audrey yang mementingkan darjat, Dhani telah berbohong bahawa dia sebenarnya seorang anak orang kaya yang diabaikan oleh ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja. Dhani yang sudah bosan hidup dalam kemiskinan nekad untuk berubah hidupnya walaupun terpaksa melukai hati ibunya, Sufiah.

Bagaimanakah kesudahan pembohongan Dhani itu? Bagaimana pula dengan rahsia Sufiyya dan kaitannya dengan Ramadhani? Jangan lupa saksikan 7 Ramadan setiap Selasa & Rabu, pukul 10.30 – 11 malam dan setiap Khamis pukul 9.30 – 10 malam.

Pelakon Drama 7 Ramadan Slot Samarinda TV3

Elly Suriati (Sufiah), Fir Affandi (Ramadhani) , Ana Dahlia (Anna), Tania Zainal, Mustapha Kamal, Sherry Abdullah, Nabila Huda (Sufiah sewaktu zaman muda) , Roy Azman (Mustaza)



agak-agak boleh tau tak ending cerita nih
heheheh macam si Tanggang jer kan
anyway tunggu jer lah episod last dekat2 nak raya nanti
apa2 pun cerita ni memang sedih
kalau layan sorang2 confirm boleh mengalirkan air mata woooo
nak2 elly suriati kan? harusss lah penghayatan lebih tuh
oklah...bye :-)


love,
Diana

Sunday, August 5, 2012

Tips Perkahwinan dari Ustaz Azhar Idrus





1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, ...
tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
something worth sharing
baca sedalam dalamnya dan muhasabah diri sendiri
:-)

love,
Diana

Saturday, August 4, 2012

Hari Raya Checklist


yuhuuuu...di saat saya menulis entry ini
kita ada lagi lebih kurang 16 hari lagi nak menyambut hari raya
kalau dulu kecik2 sure count down nak raya
but dah besar2 nih, with all the commitment kadang2 lupa lagi berapa hari nak raya :-)

last few weeks dah beli few baju & kasut for kiddos


oklah, this gonna be a short entry while waiting for iftar
i'm gonna share my raya checklist

1. baju kurung for kiddos - done by my mom
2. kasut for kiddos - done
3. dress for baby maryam & adik - done
4. 3 pasang casual wear for each of them - some dah beli, tapi kena spring cleaning balik sbb x ingat dah
4. kasut raya for mr hubby - done
5. kasut raya for yours truly
6. baju melayu mr hubby - pakai last year but nak beli samping baru
7. baju kurung for me - tak beli satu pun lagi :( wish i can have Jovian Mandagie, Najjah and Buttonmybuttons owhhh gonna buy peplum dress from Zawara jugak incase x jumpa baju sesuai :))
8. casual wear for hubby - gonna buy few shirt & jeans
9. kueh raya - dah tempah about 8 jenis
10. tudung raya - gonna buy at Sugarscarf tmrw :))
11. handbag raya ???

  oklah, am sure everyone punya checklist lagi panjang
gonna update on the purchase soon huhu
kalau sempat snap pics lah ye

alhamdulillah, utk parents se,ua dah settle
and this year dpt bagi extra for them
syukur sgt sebab dgn biz nih ada extra for everyone
those yg masih mencari2 how to generate extra income dgn cara yg mudah
call me, i would love to share
one more thing jangan lupa service kereta sebelum raya ye :)
nanti x pasal2 kang beraya kat highway...heheheh


interested? call / sms/ email
diana / 012-202 5754/ noordiana1@gmail.com